Oleh: Farhana Fuad
Gambar: illyariffin.com
Pastinya semua orang tahu bahawa bercukur akan lebih membuatkan bulu di permukaan kulit anda tumbuh lebih kasar dari sebelumnya. Malah, ia sebenarnya lagi membuatkan permukaan kulit jadi lebih gelap. Lebih-lebih lagi di bahagian rerambut yang tumbuh aktif di bahagian sulit.
Jangan risau. Apa kata anda cuba khidmat profesional Brazilian Wax di Strip. Ianya khusus untuk penyingkiran rambut di bahagian sulit yang agak sukar untuk diuruskan. Bukan hanya Brazilian Wax yang ditawarkan, ia juga menawarkan khidmat penyingkiran bulu roma di seluruh bahagian tubuh badan. Strip cukup dikenali sebagai pakar dalam penyingkiran rambut yang sangat profesional yang secara tidak langsung membangkitkan tahap konfiden dalam diri seseorang.
Gambar: ashley-yeen.com
Chocolate Berry Wax yang eksklusif di Strip.
Khidmat di Strip menggunakan alatan yang selamat untuk kulit kita. Malah, Strip juga sangat mementingkan tahap kebersihan yang tinggi untuk melakukan sebarang penyingkiran roma dengan menyediakan hygiene kit untuk pembersihan menyeluruh kawasan yang ingin dilakukan rawatan. Brazilian Wax juga boleh membuatkan pertumbuhan rerambut yang baru bertahan lebih lama berbanding menggunakan pencukur. Rerambut juga akan tumbuh lebih halus.
Gambar: lipstiq.com
Terdapat enam cawangan Strip di seluruh Malaysia. Ia juga sudah mempunyai banyak cawangan di negara luar seperti London dan New York. Suasana pusat perawatannya juga selesa, khidmat yang profesional dan layanan yang welcoming untuk setiap pelanggannya. Dengan menjalani sesi Brizilian Wax di Strip, ia akan membuatkan anda lebih yakin, bersih dan konfiden. Dapatkan konsultasi dari pihak Strip jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai khidmat yang disediakan dan sebaiknya bertanya sebanyak mungkin untuk hilangkan rasa ragu.