EH! menemu ramah Syed Farradino Omar, hos Astro Awani bertanyakan tentang percutian.
Bersama Yuna di Los Angeles, Amerika Syarikat
Victoria, Australia
1- Apa yang mesti bawa kala bercuti?
Kamera, iPhone (untuk instagram dan peta!) dan beg ekstra yang boleh dilipat kecil.
2- Destinasi percutian paling menarik pernah dikunjungi?
Terlalu banyak. Antara yang meninggalkan memori terindah termasuk Venice, Angkor, Prague, Luxembourg dan Los Angeles.
3- Destinasi idaman?
Maghribi, India, safari di Afrika dan destinasi pulau di Mediteranean.
4- Mesti buat kala bercuti?
Mencuba makanan tempatan dan meninggalkan kawasan tumpuan pelancong untuk cuba mendalami cara hidup orang setempat.
Nevada, Amerika Syarikat
5- Berapa lama biasanya masa diambil sewaktu bercuti?
Bergantung kepada pelepasan tanggungjawab kerja.
6- Peruntukan percutian (bajet)?
Bergantung kepada destinasi. Tetapi yang penting, tidak perlu mewah. Backpacking pun sudah cukup menarik dan menyeronokkan.
7- Anda sukakan percutian yang adventurous, relaks atau elegan?
Ketiga-tiganya sekali. Adventurous di Casablanca. Relaks di Capri. Elegan di Paris.
Dresden, Jerman
8- Tip percutian yang mahu dikongsi?
Cuba belajar sepatah dua kata di dalam bahasa ibunda negara yang dilawati. Mereka akan lebih mesra apabila melihat kita cuba berinteraksi dalam bahasa ibunda mereka.
9- Pengalaman tidak dilupakan sewaktu bercuti?
Pergi ke Waterloo Station ketika tinggal di London sehari selepas Krismas kerana bosan. Secara spontan, membeli tiket Eurostar ke Brussels dan menghabiskan lapan hari mengunjungi ibu kota Belgium itu serta Ghent, Bruges, Antwerp, Liege dan Luxembourg di mana saya pertama kali menyentuh salji.
10- Mengapa bercuti itu penting bagi anda?
Tidak cukup untuk sekadar membaca dan melihat gambar, dunia kita perlu dilihat, dihidu, dirasa, didengar dan dipegang. Bercuti, biarpun di dalam dan di luar negara, mengajar kita tentang manusia, budaya dan kehidupan, semuanya nilai-nilai penting yang boleh memperkayakan hidup kita.
Angkor, Cambodia
Halong Bay, Vietnam