Teks: Hafizan Mohd.
Lihat enam buku kegemaran selebriti ini. Mungkin boleh dijadikan ilham buat anda yang mencari naskah apa yang harus dibaca dan dijadikan simpanan.
MILEY CYRUS
Buku: The Catcher In The Rye
Penulis: JD Salinger
“Tema remaja yang rebel dan memberontak dalam penceritaan JD Salinger merupakan novel yang paling saya gemari. Penuh drama dengan perwatakan yang cukup kuat”
KATE WINSLET
Buku: Thérèse Raquin
Tulisan: Emile Zola
“Cara Zola mengolah intensiti perwatakan perhubungan watak utamanya yang menjalani hubungan sulit dengan begitu deep. Jika ia bakal difilemkan saya tidak kisah untuk beratur di sesi casting.”
ANNE HATHAWAY
Buku: The Secret Garden
Penulis: Frances Hodgson Burnett
“Saya cukup terbuai dengan tulisan Frances Hodgson Burnett. Dia membawa saya menyelamai jiwa watak utamanya, Mary Lennox dengan garapan yang cukup baik.”
FLORENCE (FLORENCE & THE MACHINE)
Buku: That Woman
Penulis: Anne Shebba
“Biografi Wallis Simpson ini antara yang paling menarik perhatian saya. Dia seorang ikon yang punya karakter yang penuh warna dan tentu saja citarasa fesyennya yang tinggi menjadi alasan mengapa biografinya ini menjadi bacaan kegemaran saya.”
JULIA ROBERTS
Buku: The Heart is a Lonely Hunter
Penulis: Carson McCullers
“Carson McCullers menulis novel ini pada usianya 23 tahun dan saya hanya tahu akan hal tersebut selepas habis membacanya. Pemikiran McCullers nyata cukup matang dalam penceritaan yang cukup menyentuh.”
LENA DUNHAM
Buku: Lolita
Penulis: Vladimir Nabokov
“Saya membaca Lolita ketika di bangku sekolah dan sehingga hari ini saya merasakan novel ini antara yang terbaik pengolahan ceritanya. Saya sifatkan novel ini sebagai cukup sensual dan bijak.”