Anda ingin tubuh sihat dan langsing? Mencari cara terbaik untuk mulakannya? Apa kata anda sertai cabaran Perodua F.E.M. Fit & Furious Challenge yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan berkualiti.
Jika sebelum ini anda jarang berpeluang untuk bersenam, cabaran ini membolehkan anda untuk memulakan rutin sihat secara berperingkat dengan matlamat setiap peserta akan tampil hebat pada penghujung minggu ke-10 program. Program yang dirangka istimewa buat peserta ini merangkumi sesi senaman indoor, sesi outdoor, sesi bersama pakar nutrisi dan juga pelbagai hadiah menarik dari Perodua.
Sebagai pencetus semangat peserta, ada hadiah menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sertainya sekarang!
Sesi Pendaftaran: 2 Jun – 30 Jun 2014
Sesi Program: 9 Ogos – 25 Oktober 2014
* Untuk menyertai program ini, peserta mestilah sama ada Gadis F.E.M (ahli) atau Guest F.E.M (terbuka untuk wanita & lelaki)
* Bagi pendaftaran awal ada diskaun menanti anda!
Untuk maklumat lanjut layari http://peroduafem.com.my.