Bagai baru semalam kisah cinta kilat yang akhirnya terlerai antara pelakon, Lana Nodin dan Johan As’ari diperkatakan ramai dan kini pelakon itu sudah mempunyai teman baru.
Lelaki yang paling rapat dengannya kali ini adalah bakat baru, Mas Khan, 20-an selepas mereka digabungkan dalam filem baru, Biasan.
“Masih terlalu awal untuk membicarakan soal cinta tetapi saya senang dengan kematangannya walaupun usia kami jauh berbeza malah Mas Khan tidak pernah ambil peduli masa lampau saya.
“Persahabatan kami masih terlalu awal, baru sebulan sejak kami membintangi Biasan. Mahu bercakap lanjut saya tidak berani, biarlah fasa seterusnya berlangsung secara semula jadi,” katanya selepas majlis pelancaran Airish Miracle, Isnin lalu.
Mas Khan yang juga seorang model bernaung di bawah Skop Production selepas membintangi drama berantai Gerak Khas.