Gambar: INGimage
Jika anda memiliki pasangan atau sedang hangat dilamun cinta, berhati-hatilah kerana hidup dalam dunia serba moden yang mana aktiviti harian anda dan pasangan boleh dilihat oleh umum secara virtual memungkinkan fitnah, dengki atau kurang senang yang memandang. Kita tidak boleh hentikan apa yang orang sekeliling mahu katakan atau menyalahkan teknologi tetapi kita boleh mengawal diri kita sendiri daripada menjadi mangsa mereka yang suka menilai hanya dengan gambar yang dimuat naik di Instagram atau kata-kata yang anda tulis di Twitter. EH! berkongsi idea menjadi pasangan yang disenangi.
USAH TERLALU GALAK
Apa jua yang kita lakukan seharusnya perlu batasan. Konsepnya mudah jika anda tidak mahu kritikan pedas dilempar pada anda atau pasangan jangan terlalu seronok berkongsi segala-galanya di alam maya. Cukup sekadar kata cinta, ucapan sayang yang dikirim menjadi rahsia kalian. Tidak perlu rasanya screen capture dan muat naik di Instagram atau Twitter. Dan apa yang lebih parah they keep updating the same kind of images on and on and on.
Selain itu jaga juga apapun status yang anda update di Facebook atau Twitter. Apa-apa jua hal yang terlalu peribadi adalah lebih baik anda elakkan berkongsi secara umum. Kalau sayang sampaikan terus pada pasangan tidak perlulah melalui medium media sosial apa lagi jika sedang sengketa. Jangan lepaskan marah atau sebarang rasa negatif. Bukan apa daripada tiada yang mahu ambil tahu, jadi lain pula ceritanya. Manusia alaminya memang begitu, mudah mempersoalkan dan punya rasa ingin tahu yang cukup tinggi. Jadi seeloknya jangan terlalu galak berkongsi cerita buat tatapan umum lagipun anda bukanlah selebriti ternama.
SOCIAL FOREPLAY
#Selfie yang tidak berhujung bersama pasangan anda is a big no no! Lebih menjelikkan gambar yang dimuat naik tadi ditambah dengan hashtag yang bermacam-macam lagi. Sekadar contoh, #couple #sweetcouple #love #cutecouple #missu #loveofmylife #2yearsandcounting dan lain-lain. Elak daripada memuat naik gambar bersama setiap masa. Hal ini menurut seorang penulis sosial, Malcom Payne sebagai social foreplay yang berbentuk visual dengan tujuan mengambil perhatian pasangan melalui medium media sosial secara terbuka atau sekadar mahu menunjuk (show off) kepada pengikut mereka dan memberitahu dunia betapa bahagianya mereka sekarang.
Tanya kembali pada diri sendiri, apa pentingnya berkongsi kehidupan peribadi anda dan pasangan kepada umum? Mahu buktikan bahawa kalian the coolest, sweetest and loveable partner on earth? Lupakan. Percayalah jika sekeping dua yang dimuat naik dalam jarak masa yang jauh masih boleh diterima akal. Jika setiap hari sepanjang masa sekadar mahu memuat naik gambar anda bangun pagi untuk memberi ucap selamat pagi kepada pasangan dengan menggunakan tag akaun pasangan dan caption: morning sunshine atau apa saja yang terlalu peribadi cukup sekadar dengan menghantar terus pesan tersebut melalui SMS atau What’s App sahaja.
PASANGAN SELEBRITI TEMPATAN PILIHAN PEMBACA EH!
*Kajian dilakukan melalui laman web http://www.eh.my/
Gambar: Arkib EH!/BluIncMedia