Penampilan penyanyi Alyah ternyata semakin manis selepas berhijab. Menurut isteri kepada Ramli MS ini, dia gemar mengumpul pelbagai jenis outerwear sejak tampil dengan imej bertudung.
Semasa sesi fotografi bersama EH! untuk edisi Oktober istimewa ulang tahun ke-15 baru-baru ini, Alyah mengenakan kardigan kimono dari jenama Warehouse yang disediakan khas oleh team kami. Ternyata kimono tersebut anggun dipakai oleh dia serta menangkap perhatiannya.
Anda juga berpeluang untuk memenangi kardigan kimono tersebut yang bernilai RM243. Klik sini untuk keterangan lanjut.
Alyah juga bakal mengadakan persembahan bersama beberapa lagi artis tempatan seperti Hafiz, Adira, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, kumpulan Forteen dan Altimet pada Konsert EH! Ulang Tahun ke-15 yang akan diadakan pada 8 November nanti.
Konsert yang dibawakan khas oleh The Body Shop itu bakal berlangsung di KL Live dengan tiket berharga RM50. Istimewa buat pembaca EH!, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket pada harga RM10 melalui bukti resit pembelian majalah EH! edisi September atau Oktober dengan tebus di Blu Inc Media. Pelanggan The Body Shop juga boleh mendapatkan tiket pada harga yang sama dengan pembelian mana-mana produk The Body Shop di cawangan terpilih.
Anda sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat Alyah beraksi dengan lagu popularnya seperti Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa. Tiket sudah boleh didapati sekarang!