Gambar: Fossil
Meraikan ulang tahun ke-30 Fossil, rangkaian jam tangan penuh stail dan bergaya ada hadiah istimewa peminat Fossil. Jenama jam tangan berkualiti ini memperkenalkan jam dengan rekaan yang didatangkan khas bersama 30 tali jam yang dinamakan Georgia bakal menjadi item pelengkap gaya mereka yang stylish! Pilihan aneka warna yang tali jam yang menggunakan material kulit asli ini akan mengiringi apa jua gaya pemakai seperti yang ditampilkan oleh bintang Korea, Nana dari kumpulan After School dalam kempen Georgia ini.
Lebih mengujakan bekas untuk menyimpan tali jam tangan ini juga direka dengan material kulit bagi memudahkan penyimpanan dan juga boleh dibawa ke mana sahaja bekas tersebut kala kembara dan ingin menyuaipadan persalinan. Juga terdapat pelbagai corak yang disertakan Fossil dalam rekaan tali jam Georgia ini.
Tampil lebih bergaya dan klasik dengan jam tangan Georgia ini sebagai aksesori dengan mengikut kesesuaian rona dan corak tali jam yang anda ingin padankan bersama persalinan harian. Dapatkannya di pasaran pada harga RM1,829 satu set dengan 30 tali jam untuk disuaipadan mengikut citarasa anda.