Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages
Hari Kekasih pada 14 Februari lalu merupakan satu hari istimewa buat penghibur terkenal dunia yang popular dengan gayanya yang luar biasa dan lain daripada lain, siapa lagi kalau bukan Lady Gaga. Hari kekasih yang disambutnya bersama kekasih yang juga seorang pelakon,Taylor Kinney dikejutkan dengan lamaran yang dibuat oleh Taylor sendiri.
Melalui Instagram, Gaga memuat naik gambar sebentuk cincin berlian yang berbentuk hati yang direka oleh Lorraine Schwartz serta menyatakan secara umum akan pertunangannya bersama aktor kacak itu. “Dia memberikan cintanya kepada saya di Hari Kekasih, dan saya memberi jawapan ‘Yes!” Gaga meletakkan kapsyen ke atas gambar yang dimuat turunnya di laman sosial Instagram.
Setelah lamaran Taylor diterima oleh Gaga, mereka dilaporkan kelihatan menyambut berita gembira mereka di restoran milik keluarga Gaga, Joanne Trattoria, di Manhattan, Amerika Syarikat. Pada Februari 16, Gaga dilaporkan oleh media barat sempat memberikan ekspresi gembira ketika melangkah di kotaraya New York dengan cincin bertatah berlian di jari manisnya.