Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGimages.com
Setiap orang mempunyai citarasa bentuk badan yang diinginkan. Majoriti orang menjadikan selebriti sebagai contoh atau inspirasi bentuk badan mereka. Mungkin kali ini anda patut selidik cara sebenar selebriti kesukaan anda dalam mengamalkan rejim sihat mereka.
EH! senaraikan selebriti-selebriti ternama dengan rutin senaman pilihan mereka.
Jessica Alba
Pelakon Hollywood ini memilih sukan pertahanan diri iaitu tinju sebagai rutin senaman mereka agar tampil fit dan menawan sentiasa. Tidak hairanlah meskipun Jessica Alba yang sudah bergelar ibu tetapi tubuh masih kekal muda dan remaja.
Lea Michele
Mendaki dan berjalan di sekitar Los Angeles adalah satu rutin pilihan aktres berbakat besar ini untuk memastikan tubuhnya sentiasa fit dan sihat. Ianya demi mendapatkan bentuk kaki dan peha lebih langsing dan terbentuk cantik.
Gigi Hadid
Sama seperti Jessica Alba, model terkenal ini kerap kelihatan di gim sekitar kota New York untuk sesi kelas tinju demi mengekalkan tubuh badan yang cantik dan menawan setiap masa.
Alexa Chung
Model yang bertubuh tinggi langsing ini memilih untuk menyertai kelas balet untuk memastikan tubuhnya sentiasa kurus seperti ramai wanita idamkan.
Kim Kardashian
Meskipun sibuk dengan kerjayanya, Kim Kardashian sentiasa memastikan yang dirinya punyai masa untuk melakukan treadmill untuk mengekalkan tubuh idamannya. Bahkan, khabarnya Kim turut menyertai boot camp untuk lebih latihan untuk tubuh yang lebih kuat.
Hugh Jackman
Meskipun usia makin matang, usia tidak menghalang dirinya untuk terus aktif bersenam dan bersukan. Aktor yang terkenal dari watak Wolverine ini sentiasa memastikan tubuhnya sasa dan sihat seperti yang dia mahukan dengan senaman tinju dan karate. Rutin di gim sudah semestinya dengan mengamalkan mengangkat berat.
Taylor Swift
Buat peminat Taylor Swift, mungkin anda juga patut jadikan Taylor sebagai ikon tubuh langsing anda pula kali ini. Taylor memilih kelas balet untuk mengekalkan tubuhnya yang cantik sempurna.
Megan Fox
Dambakan tubuh bak Megan Fox? Mungkin kali ini anda patut pilih senaman plank seperti yang diamalkan oleh aktres hot ini untuk tampil slim, toned dan seksi.
Katy Perry
Penyanyi wanita ternama ini membakar lemak dan kalori dengan melakukan senaman skipping untuk dapatkan tubuh langsing dan kurus.