Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Perut asyik lapar dan meragam sahaja. Disebabkan lapar, terpaksa juga untuk mengambil makanan atau makanan ringan agar tidak pula menyebabkan gastrik. Hasilnya, tubuh semakin meningkat berat badan.
Jadi, EH! kongsikan cara untuk mengurangkan portion ketika makan tanpa mudah merasa lapar.
- Sebelum menjamu selera, pastikan anda meminum segelas air suam terlebih dahulu. Dengan meminum sebelum makan akan sekaligus memastikan yang anda tidak akan makan terlalu banyak.
- Pakai baju yang cukup ketat untuk pastikan diri hanya mengambil makanan mengikut keperluan perut anda.
- Banyakkan mengambil sayuran dalam menu makan anda. Ianya satu cara yang pantas untuk mengehadkan pengambilan kalori dalam tubuh sekaligus mencepatkan rasa kenyang.
- Makan secara perlahan boleh mengurangkan portion makanan anda. Sekali-sekala selangkan sesi makan dengan air agar kenyang dengan lebih cepat dan lama.
- Jangan makan terus dari bungkusan atau kotak makanan ringan. Pengkaji dari Universiti Cornell mendapati bahawa majoriti orang memakan 50% lebih chips tanpa mereka sedari portion sebenar yang disarankan. Jadi pastikan anda menyemak butiran kandungan kalori makanan tersebut terlebih dahulu. Jika ianya tertera 10 sajian hidangan, pastikan anda membahagikan secara sama rata ke dalam 10 bungkusan kecil agar tidak lagi menjamu selera secara berlebihan.
- Ambil sup sebagai pembuka selera. Sup sebenarnya boleh mengurangkan pengambilan kalori. Bahkan, anda merasakan penuh dan kenyang dengan lebih cepat.
- Ambil pencuci mulut manis selepas makan. Ianya sangat berhasil dalam memastikan selera makan anda tahan lebih lama dan tidak mudah lapar.