Mungkin ada sesetengah yang tidak suka akan aroma buah durian, walhal ianya banyak khasiatnya. Ketahuinya di rencana ini.
Durian mungkin tidak asing lagi bagi penduduk Asia terutama di kawasan Asia Tenggara yang menganggapnya sebagai raja buah dan musim durian cukup dinanti-nanti oleh penggemarnya.
Meskipun ada sesetengah yang tidak suka akan bau dan rasanya yang menusuk, tetapi sebenarnya durian terkandung seribu satu khasiat dan kebaikan yang baik buat kesihatan tubuh badan.
Bahkan ada beberapa lokasi yang menawarkan bufet durian di sekitar Lembah Klang. Jom ketahui beberapa lagi fakta mengenai durian supaya anda boleh kongsi bersama penggemar lain atau buat yang sebelum ini kurang suka jadi penggemar durian juga!