Gambar: INGimage
You are what you eat. Ya, ada benarnya kerana makanan tidak hanya mempengaruhi kesihatan tubuh badan malah ia juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan malah ia juga mempengaruhi prestasi seks. Ada beberapa makanan yang mempunyai kuasa untuk menjana prestasi seks. Menurut Audrey T. Cross, pakar perubatan dari Columbia University’s School of Public Health, kepuasan menikmati hidangan lazat mempunyai persamaan dengan kepuasan menikmati hubungan seks berkualiti kerana kedua-dua perkara ini memberi kesan positif dan mampu merangsang minda.
Ketahui tujuh jenis makanan yang berupaya merangsang dan menjana hubungan seks yang hebat.
Coklat
Kajian yang dijalankan oleh Journal of the American Dietic Association mendapati bahan yang terkandung di dalam coklat gelap dikenali sebagai phenylethylamine menghasilkan endhorpins yang akan meningkatkan tarikan seksual antara pasangan.
Pisang
Memakan sebiji dua pisang sebelum melakukan hubungan seks akan membantu tubuh menghasilkan serotonin, iaitu sejenis bahan kimia yang membuatkan seseorang gembira, sekali gus menaikkan mood dan meredakan rasa gemuruh.
Bijirin
Anda membuat pilihan tepat jika memilih bijirin sebagai menu sarapan kerana ia berupaya meningkatkan hormon testosteron, yang mana hormon ini meningkatkan keinginan seks. Lebih baik seandainya anda menikmati bijirin bersama madu kerana ia mengandungi boron menguatkan tenaga.
Makanan Pedas
Makanan berempah atau pedas seperti lada atau sos salsa mengandungi bahan kimia capsaicin yang boleh merangsang keinginan melakukan hubungan seks.
Pizza
Keju yang terkandung di dalam pizza mengandungi mineral yang diperlukan otot sewaktu melakukan hubungan intim. Bahan topping seperti cendawan dan brokoli pula mengandungi vitamin A untuk menambah hormon steroid yang boleh meningkatkan selera seks.
Bahan Antioksida
Buah-buahan atau sayur-sayuran mengandungi bahan antioksida untuk mengurangkan risiko kanser serviks. Nikmati lobak, halia, bawang merah atau bawang putih kerana ia mampu merangsang hubungan seks yang sihat.
Vitamin C
Makanlah makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah kiwi, anggur, strawberi dan limau gedang kerana ia berupaya meningkatkan jumlah dan kualiti sperma.