Oleh: Farhana Fuad
Hari kedua majlis KLFW2015 semakin meriah menuju hujung minggu. Dengan kehadiran barisan selebriti terkenal tempatan serta hasil rekaan pereka fesyen yang dipentaskan ternyata mengagumkan serta menarik perhatian pengunjung yang hadir ke pusat membeli-belah Pavilion.
Ianya sekali gus menaikkan nama negara dengan adanya majlis berprestij yang terkemuka sebegini. Bahkan ianya menunjukkan bahawa hasil rekaan pereka fesyen tempatan juga ada stail dan citarasanya tersendiri.
EH! kongsikan gambar di sekitar upacara KLFW 2015 hari kedua yang berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur.