Gambar: TPGimages
Masa kini sudah pelbagai jenis cara dan alat untuk kelihatan cantik. Tidak kira dari produk, servis mahupun teknologi tinggi. Biarpun ianya memerlukan kos yang tinggi, tetapi ramai yang sanggup berhabisan untuk kecantikan luaran. Sebenarnya, kecantikan bukan hanya perlu bergantung pada bahan kimia semata-mata, bahkan produk semula jadi adalah lebih berkesan dan selamat untuk digunakan.
Boleh dikatakan, ramai juga selebriti terkenal tetapi masih kekal setia pada bahan organik untuk memastikan kulit mereka sentiasa cantik dan sihat sentiasa. Jom lihat selebriti popular dan produk asas semula jadi yang mereka amalkan untuk rejim kecantikan.
Miranda Kerr
Miranda adalah salah seorang supermodel yang sangat menggemari produk semula jadi. Ia juga memiliki produk penjagaan kulitnya sendiri iaitu Kora Organics, yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak buah noni dan minyak biji rosehip.
Jessica Alba
Jessica menubuhkan The Honest Company yang menyediakan rangkaian produk untuk bayi yang bebas dari bahan kimia untuk para ibu. Dia juga turut mengamalkan rutin kecantikan semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan bebas bahan kimia yang berbahaya.
Alicia Silverstone
Dia turut mencipta produknya sendiri, iaitu berus solekan dan beg mesra alam sekitar yang bebas dari penindasan terhadap haiwan.
Gisele Bundchen
Pada tahun 2010, Gisele melancarkan produk organiknya sendiri iaitu Sejaa Skincare, yang terdiri dari krim pelembap siang, krim malam dan clay mas. Kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti aloe vera, teh hijau, ginseng, dan minyak argan.