Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Konrad Annerud & Meetgrinder.com
Seseorang yang iras wajah kita mungkin wujud di dalam dunia ini dan ada yang mengatakan ada tujuh orang yang mempunyai kebarangkalian mempunyai wajah seiras. Ianya boleh dikatakan agak mengujakan jika melihat diri sendiri mempunyai mirip seseorang apatah lagi jika ianya seorang yang ternama atau terkenal.
Gambar: Instagram Konrad Annerud
Baru-baru ini, trending di internet yang mana seorang model dari Sweden, berumur 21 tahun mempunyai wajah mirip dengan pelakon antarabangsa terkenal dari filem Titanic, iaitu Leonardo Dicaprio. Dikatakan Konrad Annerud pernah berkali-kali diajak bergambar bersama orang awam dek kerana wajahnya yang seakan sama dengan bintang utama filem romantik Titanic, iaitu semasa Leonardo melakonkan watak sebagai Jack.
Gambar: Instagram Konrad Annerud