Oleh: Farhana Fuad
Pada hari yang sama pada 31 Oktober lalu tiga konsert sudah berlangsung serentak tetapi hanya berlainan lokasi. Di Stadium Merdeka konsert Wings berlangsung dengan jayanya, Soo Winnci di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kumpulan Hujan di KL Live meraikan 10 tahun ulang tahun mereka.
Manakala, konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta turut berlangsung pada hari yang sama di Stadium Malawati, Shah Alam. Biarpun sambutannya tidaklah sebegitu ramai seperti apa yang dilaporkan oleh media, menurut Umie Aida yang turut menjayakan konsert hebat ini dia berasa bersyukur menjadi sebahagian dari konsert ini.
Konsert agung ini membawakan barisan selebriti yang terkenal dan cukup gah termasuklah Humood Alkhuder, Anuar Zain, Hakim & The Majistret, Raihan, Ebiet G Ade, Opick, konsert kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Mawlaya Network Sdn Bhd turut menampilkan pelakon terkenal seperti Erra Fazira, Umie Aida, Remy Ishak dan Ungku Ismail Aziz.
EH! kongsikan gambar di sekitar konsert Ku Mohon Tuhan Berikan Aku Cinta.