Betulkah sarapan itu penting dalam jadual pemakanan setiap hari?
Namun masih ramai antara kita yang menganggapnya sebagai mitos semata. EH! merungkai kebenaran di sebalik kepentingan bersarapan setiap pagi.
MITOS – Meninggalkan sarapan pagi sekali-sekala tidak mengapa.
HAKIKATNYA -Sesetengah ibu bapa menganggap bahawa meninggalkan sarapan pagi tidak mengapa dan mengandaikan ia juga boleh diguna pakai untuk anak-anak mereka. Sebenarnya bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga harus bersarapan setiap pagi. Secara tidak langsung, sarapan akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk mengharungi hari yang produktif sama ada anda bekerja, menghadiri kelas atau punya perancangan keluar bersantai.
MITOS – Sarapan pagi buat anda mengantuk.
HAKIKATNYA –Ramai yang percaya bahawa sarapan pagi perlu dielakkan kerana kesan mengantuk selepas pengambilannya. Hakikatnya, ia bergantung kepada jenis makanan yang diambil, misalnya pengambilan sebungkus nasi lemak boleh membuat tubuh lesu dan hilang tumpuan ketika di pejabat. Penghadaman sarapan pagi yang berat dengan karbohidrat atau gula akan menghantar signal mengantuk terus ke otak.
MITOS – Sarapan pagi menggemukkan.
HAKIKATNYA -Sebetulnya sarapan pagi membantu tubuh mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat.