Anda pasti diberitahu berulang kali tentang pentingnya sarapan sebagai makanan untama harian terutamanya untuk kanak-kanak. Adakah perkara ini telah diuji oleh pakar? Baca artikel ini untuk bezakan mitos di dalam fakta tersebut.
Pakar sering memberi nasihat: Anda tidak boleh mengabaikan sarapan pagi. Namun sudah biasa bagi orang dewasa untuk sekali-sekala tidak bersarapan, malah mereka beranggapan kanak-kanak juga sebegitu.
Persepsi ini tidak salah bagi orang dewasa kerana meninggalkan sarapan sekali-sekala mungkin tidak memberi kesan. Namun untuk kanak-kanak, hidangan pertama setiap pagi memberi impak besar untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.
“Sesetengah ibu bapa beranggapan tidak mengapa sekiranya anak-anak mereka tidak bersarapan kerana mereka juga tidak mengambil sarapan,” kata Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi Kanan, Nestle Malaysia Berhad. “Jika bagi orang dewasa sarapan merupakan hidangan penting, kanak-kanak juga apa kurangnya! Sarapan lengkap MILO® akan memberi tenaga yang diperlukan anak anda bagi memperoleh prestasi yang baik di sekolah untuk kedua-dua fizikal dan mental. Ia juga membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh anak anda untuk tumbesaran jangka panjang. Sarapan juga menceriakan emosi anak anda. Bayangkan jika anak anda berasa lapar sepanjang hari – mereka hanya boleh memikirkan makanan dari fokus pada pelajaran!
Anda mungkin terfikir dengan satu hidangan sarapan pagi yang lengkap anak anda akan menjadi lesu sepanjang hari. Terbayang bagaimana sebungkus nasi lemak menyebabkan anda berasa mengantuk ketika mesyuarat? Seperkara yang perlu anda fahami, sarapan tidak menyebabkan mereka menjadi lesu, tetapi jenis makanan yang mereka ambil untuk sarapan adalah puncanya. Sebagai contoh, hidangan sarapan yang kaya dengan karbohidrat atau gula tambahan akan menghantar isyarat mengantuk kepada otak.
Ibu bapa dengan anak remaja juga akan mendapati anak mereka sengaja tidak bersarapan dengan alasan “menjaga berat badan”. Ini adalah mitos yang telah disalahertikan. Mengambil sarapan tidak menjadikan anda gemuk. Sebaliknya, kajian mendapati sarapan dapat membantu anda untuk memantau berat badan anda.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang kenapa sarapan sangat penting dalam hidup anak anda dan bagaimana ia membantu dalam prestasi mereka, sila layariwww.milo.com.my/breakfast untuk lebih ketahui lebih lanjut.