Oleh: Farhana Fuad
Gambar: koogle.tv, k-popped.com, pinterest.com
Ahli kumpulan Running Man baru-baru ini ke Taiwan untuk satu sesi bertemu peminat. Ketika majlis itu berlangsung, Song Ji Hyo ditanya antara Gary (pasangannya untuk Monday) atau Chen (pasangan Ji Hyo dalam rancangan We Got Married edisi China) yang menjadi pilihannya.
Song Ji Hyo cuba untuk mengelak dari menjawab soalan yang diutarakan kepadanya itu.
“Ianya satu soalan seakan bertanya kepada saya sama ada memilih ibu atau ayah yang lebih baik,” ujarnya di sesi bertemu peminat itu.
“Sepanjang lima tahun saya bekerja dengan Song Ji Hyo di dalam Running Man, dia tidak pernah cantik seperti sekarang ini. Dia menjadi lebih feminin dan kewanitaan setelah bertemu Chen Bolin,” jenaka cemburu Gary.
Ketika ditanya kepada Gary apa yang akan dia lakukan jika Chen Bolin dan Song Ji Hyo menjalinkan hubungan cinta, Gary menjawab, “Jika itu memang benar apa yang Song Ji Hyo mahukan, saya okey dengan pilihannya. Mereka patut berkahwin.”