Gambar: INGimage
Bagi mereka yang inginkan khasiat semula jadi dan gemar untuk mencuba, apa kata amalkan beberapa petua yang murah dan mudah ini bagi menjadikan kulit cerah di samping menyihatkan.
Yogurt
Ia mengandungi asid laktik yang bertujuan memutihkan. Ramuan berikut sesuai untuk semua jenis kulit. Caranya, gosok perlahan yogurt pada kulit wajah. Biar selama beberapa minit dan kemudian cuci dengan air suam. Lakukan sekali setiap hari selama beberapa minggu untuk melihat kesan ketara.
Oren
Bahan utama dalam produk penjagaan wajah adalah Vitamin C. Ia mencerah ton kulit selain menjadikan tekstur kulit lebih halus dan menganjalkannya.
Madu
Terkenal dengan kebolehannya mencerahkan wajah dan juga agen melembap. Kulit kering adalah sebab utama ketidaksamarataan warna kulit wajah. Madu juga punyai agen antibakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat atau tompok gelap.
Lemon
Sama seperti oren, ia memiliki kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih baik. Lemon juga mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, bagus untuk kompleksi kulit anda.