Tanggal 21 Februari tentunya menjadi hari paling bermakna buat aktres Anzalna Nasir yang baru bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hanif Zaki. Pasangan ini diijab kabulkan dalam majlis indah yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
Mohamad Hanif Mohamad Zaki yang dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim, dengan sekali lafaz. Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, anggun berbusana serba putih rekaan Rizalman Ibrahim dan manis disolek oleh Khir Khalid.
Turut hadir pada majlis ini adalah rakan pelakon seperti Fathia Latiff dan juga pasangan Anzalna dalam telenovela Memori Cinta Suraya, Hisyam Hamid. Majlis pernikahan ini mendapat liputan meluas oleh media di bawah rangkaian Media Prima selaku media rasmi.
Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari nanti. Tahniah dari team EH! semoga mahligai yang dibina Anzalna dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.
A photo posted by Anzalna nasir (@anzalnanasir88) on
A photo posted by Peaceyallfm (@peaceyallfm) on
Selamat Pengantin Baru #hanzalna @anzalnanasir88 & @hanif_zaki ?
A photo posted by Aimi Syazana (@aimisyzn) on