[tab: Bliv]
MENANG!
Set produk B.liv
BERNILAI RM 5976.28
Semakin meningkat usia, tahap keanjalan kulit wajah mula berkurangan lantas menyebabkan saiz liang roma turut membesar. Situasi ini menjadi punca tekstur kulit wajah tampak kasar dengan permukaan yang tak sekata. Oleh sebab itu, menggunakan produk penjagaan kulit adalah ritual yang penting untuk membaiki sel-sel sambil mengekalkan keanjalan kulit. b.liv Shrink dan Tighten adalah serum yang boleh digunakan setiap hari dan ia diperkaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi bagi meningkatkan proses sintesis kolagen, justeru membantu mengecilkan liang-liang pori pada wajah sambil menegangkan kulit. Lapisan kulit epidermis yang sihat tentu sekali dapat melindungi kulit sambil menghidrat kulit agar kekal lembap. Serum ini juga mengandungi vitamin B3 dan asid oleanolik sebagai bahan aktif utama yang bertindak sebagai anti-inflamasi terhadap kerengsaan kulit seperti jerawat.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mac 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Jurlique]
MENANG!
Set krim tangan Jurlique
BERNILAI RM 5830
Jurlique, gabungan kedua-dua nama pertama pengasas jenama dari Australia yang merupakan juga pasangan suami isteri. Dr Jurgen Klein dan isterinya Ulrike seorang ahli botani percaya bahawa penggunaan bahan-bahan semula jadi dalam penjagaan kulit adalah lebih efektif dan sesuai untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri. Setiap rangkaian penjagaan kulit Jurlique
ditanam di ladang mereka yang terletak di Adelaide Hills, Australia Selatan. Malah, Ulrike sendiri yang menghasilkan salah satu produk mereka, iaitu krim tangan yang bertindak untuk melegakan kulit tangannya yang kering setelah seharian bercucuk tanam. Kini, Jurlique sudah berada di lebih 19 buah negara di seluruh dunia, dan menawarkan banyak pilihan menerusi rangkaian produk mereka. Contohnya, krim tangan Jurlique yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti Rose, Lavender, Jasmine dan Citrus. Setiap jenis mempunyai aromanya yang tersendiri
sambil melembap dan melindungi tangan tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mac 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Nelissa Hilman]
MENANG!
Baucar Nelissa Hilman
BERNILAI RM 6000
Mula diperkenalkan pada 2012, jenama kasut Nelissa Hilman menampilkan koleksi musim bunga/ panas 2016 dengan rekaan kasut wanita bergaya kontemporari, berilhamkan the perfect off-duty look. Koleksi musim ini menyampaikan barisan kasut elevated casual dan sporty untuk wanita moden, diantarnaya slip-on loafers, sporty wedges sandals, lace-up sneakers dan gaya sandal mules. Koleksi musim ini turut menampilkan gaya klasik kasut tumit tinggi, iaitu Classic 100 dan Classic 80 yang sesuai digayakan ke majlis formal mahupun ke pejabat. Corak, pilihan palet warna, mod serta sulaman bungaan mendominasi koleksi terbaru Nelissa Hilman.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mac 2016
Click here if you have issue accessing the promo form above
[tab: Sothys]
MENANG!
Set Produk Sothys
BERNILAI RM 5824
Kembalikan sinar dan kilauan mata anda dengan rangkaian penjagaan mata Sothys terkini. Terdiri daripada tiga produk yang mempunyai manfaatnya tersendiri, rangkaian penjagaan mata Sothys tentu sekali dapat memerangi masalah-masalah seperti bengkak mata, garisan halus dan juga lingkaran hitam pada bahagian bawah mata yang membuat anda kelihatan dan berasa
lebih tua daripada usia anda yang sebenar. Permukaan kulit pada bahagian mata adalah sangat nipis menjadikannya lebih sensitif, maka dengan menggabungkan Sothys High Protection Eye Complex bersama ekstrak flaks dan mountain flower, rangkaian penjagaan mata Sothys dapat melindungi sambil membaiki sel-sel kulit pada bahagian mata dengan lebih efektif kerana kandungannya mewah dengan vitamin C, E dan F. Antara produk-produk yang boleh didapati menerusi rangkaian penjagaan mata Sothys adalah Multi-Action Eye Contour, Anti Puffiness/Energizing Roll-on dan akhir sekali, Dark Circle Eraser.
Nama – nama pemenang akan diumumkan di laman web EH!
Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mac 2016