Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Lara Alana
Siapa yang tidak kenal pada Lara Alana, anak kepada dua pasangan selebriti hangat di Malaysia ini. Boleh dikatakan cahaya mata Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini punya populariti yang kian meningkat sekarang ini dalam dunia media sosial dan juga dalam industri hiburan tanah air.
Walaupun masih kecil, tetapi Lara sudah pun mempunyai pengikut di laman sosial media seperti Instagram melebihi 1.5 juta! Setiap kali gambar atau pun video yang dimuat naik ke akaun Instagram Lara pastinya mendapat perhatian dan respon ramai.
Gambar: Instagram Lara Alana
Jadi, tidak terkejutlah apabila Lara dikhabarkan akan membintangi realiti TVnya sendiri. Sebelum ini juga pastinya ramai yang sudah melihat keletah anak kecil ini di kaca TV melalui iklan Yakult dan Anugerah Meletop termasuk aksinya setiap hari di Instagram.
Gambar: Instagram Awal Ashaari
“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program TV dengan konsep keibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan. Bukan mahu melabel kami sebagai ibu bapa yang terbaik, namun diberi peluang untuk berkongsi cara kami membesarkan Lara Alana, tentunya ini adalah satu kegembiraan. Kami sangat teruja kerana dapat berkongsi dan menyumbang kepada mereka yang sentiasa mahu tahu bagaimana kehidupan kami sekeluarga,” kata Awal Ashaari kepada Utusan Malaysia.
Gambar: Instagram Awal Ashaari
Sebelum ini, Awal juga pernah menyatakan yang dirinya dan isteri suka berkongsi tentang perkembangan kehidupan mereka lebih-lebih lagi mengenai Lara kepada umum kerana baginya, mereka mahu Lara belajar kemahiran bersosial dari kecil lagi.
“Saya tidak melihat ada salahnya jika kami berkongsi perkara yang kami lalui untuk ibu bapa di luar sana,” tambahnya lagi.