[soliloquy slug=”vivy-yusof”]
Isnin lalu bermulanya reality show Love Vivy yang bersiaran di Astro Ria jam 9.30 malam. Bersiaran setiap Isnin, program lapan episode ini akan membawa penonton melihat lebih dekat perjalanan social influencer, Vivy Yusof menjalani kehidupan hariannya, sebagai anak, isteri, ibu dan juga pemilik Fashion Valet. EH! sempat mencuri sedikit masa Vivy untuk berbual santai dengan soalan-soalan yang cukup fun termasuk rahsia mendapatkan gambar #OOTD terbaik.
1- Vivy rancang lebih awal apa yang mahu dipakai setiap hari?
Tidak. Saya selalu last minute. Kadang-kadang ada juga fikir apa mahu dipakai esok, tapi akhirnya tak menjadi. Semuanya secara spontan. Kalau ada event sekali pun, paling awal sehari sebelum.
2- Caption gambar Vivy di Instagram saya kira ‘menghiburkan’, kelakar. Mana datangnya idea?
Semuanya secara spontan. I’m naturally funny rasanya (ketawa). Dalam satu minit I’m done. Fadza (suami) kadang-kadang ambil masa 15 minit.
3- Siapa yang selalu merakam gambar OOTD Vivy?
Jika dulu Fadza. Tapi buat masa sekarang Iman, dia tahu angle terbaik saya.
4- Apa tip & trik untuk merakam gambar OOTD terbaik?
Kena tahu angle terbaik. Iman selalu merakam gambar saya dari bawah, jadi saya nampak tinggi. Orang yang tak pernah jumpa saya selalu fikir saya tinggi. Background juga penting, saya sukakan clean wall, putih selalunya. Oh lagi satu lighting juga penting. Selalunya saya suka merakam gambar dengan cahaya natural.
5- Tiga perkataan menggambarkan Daniel?
Clingy, cheeky dan funny, just like me (ketawa).
6- Tiga perkataan tentang Mariam pula?
Dia maintain, berani dan manja dengan Fadza. Dia daddy’s girl.
7- Dan tiga perkataan menggambarkan Vivy Yusof?
Short, stubborn and ambitious.