Bukan hanya rupa paras dan tubuh sahaja yang perlu diberi perhatian, malah kebersihan alat sulit juga haruslah dijaga dengan sebaik yang mungkin agar tidak mengundang sebarang masalah atau pun penyakit.
Buat wanita, penjagaan bahagian sulit perlulah diberi perhatian teliti, lebih-lebih lagi wanita yang sudah pun berkahwin. Pastinya anda mahukan bahagian tersebut sentiasa rapi dan bersih setiap kali berhadapan dengan suami di kamar tidur.
EH! kongsikan cara penjagaan alat sulit wanita serta petua yang boleh anda praktikkan untuk kesempurnaan dan kebersihan menyeluruh bahagian intim.