Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Siapa yang tidak kenal dengan empunya suara tinggi dan lagu-lagunya yang menjadi siulan pendengar muzik masa kini, Adele. Penyanyi yang berusia 28 tahun ini dilaporkan baru sahaja menamatkan kontrak dengan syarikat rakaman lama.
Sejurus selepas pengakhiran kontrak tersebut, Adele dikatakan telah menandatangani kontrak baru bersama Sony Music yang bernilai RM540 juta. Ini sekaligus menjadikan Adele sebagai artis Inggeris yang pertama mendapat bayaran tertinggi di dunia.
Gambar: time.com
“Adele baharu saja menamatkan kontrak bersama syarikat rakamannya di London iaitu XL manakala Sony adalah syarikat pengedar albumnya di bawah Columbia Records di Amerika Syarikat. Kontrak bernilai RM540 itu memberi hak pada Sony untuk mengedarkan dan melancarkan muzik Adele secara eksklusif ke seluruh dunia,” kata wakil dari Sony Music.
Ini turut mencatatkan Adele sebagai penyanyi muda bawah 30 tahun terkaya. Bahkan, menerusi bayaran tertinggi Adele ini, ia juga secara automatik berjaya mengetepikan rekod yang pernah dicatat Robbie Williams yang mendapat RM480 juta dari syarikat rakaman EMI.
*Sumber: BH Online