Oleh : Anis Hanini
Pejam celik kita sudahpun menghampiri separuh Ramadhan. Seperti biasa, tradisi berbuka puasa di sini termasuk memasak bersama keluarga mahupun mengunjungi bazaar. Bagi mereka yang lebih gemar berbuka di luar, kami sarankan beberapa lokasi berbeza untuk dicuba dengan harga yang berpatutan.
1. GTower Hotel
13 juadah tradisi daripada seluruh Malaysia menjadi menu utama buffet berbuka puasa di sini tahun ini. Antara masakan tradisi termasuk Ayam Bakar dalam Buluh atau Manuk Pansuh iaitu juadah yang sering disediakan oleh etnik Dayak di Sarawak pada Hari Gawai Dayak. Masakan ini dimasak dalam buluh agar ayam yang dimasak kekal lembut dan lazat. Selain itu, GTower juga menawarkan Ayam Masak Kuzi (daerah Selatan), Gulai Tempoyak Ikan Patin (daerah Timur), Sotong Masak Hijau (Sabah), Sayur Masak Lontong (daerah Selatan) dan sebagainya.
Lokasi: Mezzanine Floor, GTower, 199, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Tel: 03-2168 1919
Harga: RM98 (dewasa) / RM49 (kanak-kanak dan warga emas)
2. Pince & Pints
Hidangan istimewa Lobster Briyani Gam (RM178++) hanya disediakan bermula 23 Mei hingga 17 Julai 2016. Bagi penggemar udang karang, hidangan klasik Johor ini menggunakan resipi turun temurun keluarga Menteri Besar Johor pertama iaitu Dato Jaafar Muhammad sejak 1880-an. Berbuka puasa juga lebih lengkap dengan minuman Buzzy Bandung (RM9.90++).
Lokasi: Pince & Pints Kuala Lumpur, 32, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru
Tel: 03-2201 3233 / 017-880 0871
3. NOOK
Nikmati hidangan Malaysia dan barat yang lazat di NOOK, Aloft Kuala Lumpur Sentral. Bufet ini disediakan oleh Chef Hamid Buyong ini turut menampilkan juadah Melayu seperti kari ketam, rending daging, laksa Sarawak, udang masak lemak serta bubur lambuk. Manakala di bahagian barat pula, mereka menyediakan oyster au gratin, grilled saba fish, honey barbecue chicken wings dan pelbagi lagi. Penggemar pencuci mulut pula boleh menikmati pelbagai kuih-muih, chocolate marshmallow tartlets, coconut panna cotta, sago gula Melaka serta pulut durian.
Lokasi: NOOK, Aloft Kuala Lumpur Sentral, 5 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral
Tel: 03-2723 1188
Harga: RM123 seorang
4. Way Modern Chinois
Berbuka puasa bersama keluarga anda dengan hidangan Hot Pot lazat di Way Modern Chinois. Hidangan Hot Pot ini hadir dengan bakul yang mengandungi 20 bahan-bahan termasuk mi halus, wanton, sayur-sayuran seperti cendawan enoki, serta makanan laut termasuk kekapis Kanada dan udang. Setiap bahan segar ini pula direndam ke dalam sup buatan sendiri yang enak. 9 perasa berbeza juga disediakan di samping Hot Pot ini bagi mereka yang ingin mencuba membuat sos cicah sendiri. Hidangan Hot Pot disediakan untuk makan tengah hari dan malam pada hari Selasa hingga Ahad. Pada setiap Ahad petang, tetamu yang membuat pesanan hidangan Hot Pot akan menerima pencuci mulut percuma (sementara stok masih ada).
Lokasi: Way Modern Chinois, G-1, Work@Clearwater, Jalan Changkat Semantan, Damansara Heights
Tel: 03-2095 1118
Harga: RM188++ (untuk 2 orang) dan RM288++ (untuk 4 orang)
5. Mama San
Chef Will Meyrick bersama The Melium Group melancarkan Mama San Kuala Lumpur yang terletak di Suria KLCC malah juga merupakan lokasi antarabangsa kedua selepas pelancaran Mama San di Hong Kong. Chef Meyrick terkenal dengan reputasi sebagai chef penggemar street food, yang banyak menggabungkan rasa dan tekstur dari sekitar Asia Tenggara dalam menu untuk rasa lebih unik. Sepanjang bulan Ramadan ini, jangan lupa untuk mencuba Thai Style Lemongrass Chicken, Dendeng Balado, Soft Shell Crab Salad dan Butter Chicken.
Lokasi: Mama San Kuala Lumpur, Lot 46, Ground Level, Suria KLCC
Tel: 019-787 5810