Gambar : shutterstock
Adakah cukup sekadar menggunakan syampu untuk rambut kekal wangi sepanjang hari? Semestinya tidak! Penampilan hebat perlu selari dengan aroma yang anda bawa. Jika ada bau tidak menyenangkan, ia mengganggu keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai.
Jadi, usah biarkan masalah bau rambut anda dijauhi rakan sepejabat atau mungkin buatkan pasangan anda tidak selesa dibuatnya. EH! kongsikan cara untuk menghindar scalp odor di bawah untuk anda cuba.
•Rawatan herba
Urut minyak jojoba pada kulit kepala dan biarkan selama 1 jam. Atau boleh cuba syampu yang mempunyai aloe vera yang mana ia bisa menyegarkan kulit kepala. Minyak Neem bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang menyingkir bakteria jahat.
•Elak Favus
Kulit kepala jadi kemerahan dan rengsa, kemudian timbul kerak kuning dan akhir sekali menyebabkan rambut gugur. Jumpa pakar rambut atau doktor untuk rawatan.
•Bersih
Sekurangnya mandi dua kali sehari (buat mereka yang kuat berpeluh, double it up!). Ia boleh mengurangkan bakteria pada kulit kepala.
•Say no to stress!
Perubahan hormon atau stres juga menyebabkan anda berpeluh dengan banyak, terutama pada kulit kepala. Jika ingin basuh rambut selalu, dinasihatkan guna syampu organik.