Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Instagram Fadzil Zahari
Gambar : Instagram Fadzil Zahari
Selebriti popular, Yana Samsudin selamat melahirkan anak pertamanya pada 21 Julai lalu. Yana dan suami, Fadzil Zahari dikurniakan anak lelaki untuk cahaya mata pertama mereka ini.
Ia dimaklumkan sendiri oleh Fadzil yang telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. Fadzil menyatakan kesyukurannya atas kehadiran bayi pertama mereka itu.
“Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah isteri saya, Yana Samsudin selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21 Julai 2016. Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love you so much sayang. Moga cepat sembut… Terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti-henti berdoa, adik-beradik, sahabat-sahabat, dan kalian semua yang sentiasa mendoakan.. Alhamdulillah…Kami juga mendoakan kesejahteraan kalian semua,” tulis Fadzil ke atas kapsyen gambarnya yang sedang mendukung bayi pertamanya di Instagram.
EH! ucapkan tahniah buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas kelahiran bayi pertama ini. Semoga sentiasa diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik berpanjangan.