Gambar : Arkib EH!
Akibat perbezaan cuaca yang ketara antara Malaysia yang sememangnya panas pada ketika ini dan New Zealand pula pada suhu sejuk membuatkan Ayda Jebat terlantar sakit di negara itu.
Ayda terbang ke New Zealand bersama beberapa orang krew produksi untuk menjayakan sebuah filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Pinjamkan Hatiku. Setakat ini Ayda masih lagi dalam keadaaan lemah dan ini sekaligus membuatkan proses penggambaran dihentikan buat sementara kerana cuaca juga agak kurang memuaskan.
“Badan saya masih lemah serta kurang bermaya. Saya mengalami sakit tekak, batuk dan selsema sehingga menyebabkan hidung saya berdarah. Saya berada dalam keadaan tidak sihat semenjak sampai di New Zealand. Mungkin perkara ini terjadi dek kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia. Cuaca di sini sangat sejuk berbanding di Malaysia. Keadaan saya masih lagi lemah. Saya berharap agar keadaan saya segera sembuh dan dapat meneruskan penggambaran filem ini, Insya-Allah.Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini,” ujar Ayda kepada Astro Gempak yang dihubungi menerusi aplikasi pesanan ringkas Whatsapp.
Gambar : Instagram Ayda Jebat
Ayda turut menyatakan yang dirinya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak produksi yang bersungguh dalam menjaganya dengan baik ketika dirinya masih lagi tidak sihat.
Tambahnya lagi, “Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini.”
Dilihat menerusi akaun Instagram Ayda juga, pelakon popular ini ada memuat naik sekeping gambarnya di sana dengan kapsyen yang bertulis dirinya semakin sihat dan kuat. Ayda juga berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang mendoakan supaya dirinya kembali sihat seperti biasa.
Semoga Ayda Jebat cepat sembuh dan diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik berpanjangan.