Oleh : Khairul Abidin
Gambar : Khairul Abidin
Dayang Nurfaizah sekali lagi tampil menawan di pentas anugerah hiburan utama tanah air. Sabtu lalu menyaksikan ratu R&B ini tampil di pentas bersama Jaclyn Victor menyampikan medley Senja Nan Merah, Jagalah Diri dan Langit Cinta dalam gaya yang cukup tersendiri.
Dayang tampil dalam balutan gaun hitam ilham pereka kegemarannya, Rizalman Ibrahim, yang mana gaun ringkas ini diberi suntikan statement pada mainan efek kembung pada kedua-dua bahagian lengan.
Khir Khalid yang menjadi favourite Dayang mencipta solekan yang cukup statement. Mencuri ilham gincu ala jurusolek terkenal dunia, Pat Mcgrath, Khir member efek kilat pada bibir Dayang. Gaya bibir kilat ini turut menjadi pilihan Naomi Campbell saat menghadiri anugerah MTV baru-baru ini.
Khir terlebih dahulu mencalit gincu merah pusam (Ruby Woo dari M.A.C adalah kesukannya) sebelum ‘menyalut’ serbuk glitter pada bibir Dayang. Mencipta keseimbangan, Khir membiarkan mata Dayang polos tanpa pembayang mata, hanya bulu mata palsu Shu Uemura (juga kegemaran Khir) sebagai penyeri. Khir juga mencipta dandanan finger wave efek basah dalam memercikkan gaya nan cukup sofistikated.