Oleh : Razin Mohd
Gambar : Shutterstock
Sekarang ramai yang sudah mula prihatin tentang isu pemakanan. Sejak berat badan cepat bertambah, masing-masing sudah mula sedar tentang kandungan makanan yang tidak baik buat tubuh. Mesti kurang minyak, kurang gula dan kurang karbohidrat.
Kali ini EH! sediakan anda sajian berkhasiat nan ringkas buat sarapan pagi, anda boleh sediakan sajian ini malam sebelumnya. Mungkin dengan mengamalkan cara sarapan ini setiap hari, anda boleh mengawal rasa lapar selepas sarapan sebelum menjelang makan tengah hari dan akhirnya miliki berat badan ideal!
Bahan-bahan (untuk 1 jar) :
6 oz Greek Yogurt
1/3 cawan oat (lebih sedap mengunakkan rolled oat halus)
1 sudu kecil Chia Seeds
2 Sudu besar susu segar
Beri beku
Sedikit gula perang atau madu untuk menambah rasa manis
Cara menyediakannya:
- Campurkan oat, yogurt, susu, chia seed, dan gula perang/madu dan kacau sehinga sebati, jika ia terlalu pekat anda boleh tambah susu segar mengikut cita rasa anda.
- Setelah adunan oat sudah siap, tuangkan ke dalam jar kecil, bergilir bersama beri beku (jika anda mahu mengubah selera boleh juga mengunakan buah-buahan kegemaran anda seperti pisang, epal atau mangga).
- Biarkan semalaman di dalam peti sejuk dan oat sudah boleh dijamu keesokan pagi!