Siapa yang tidak mahu mempunyai kulit halus mulus bak bayi? Pastinya semua wanita mahukan kondisi kulit yang sentiasa kekal remaja biarpun sudah meningkat usia. Usah bimbang lagi kerana kini jenama produk kecantikan terlaris, Clinique bawakan satu item magis untuk realisasikan impian anda.
Clinique memperkenalkan produk magis terbarunya NEW Clinique Beyond Perfecting Powder Foundation + Concealer SPF 30/PA+++. Ia dicipta khusus memenuhi keperluan kulit orang Asia.
Bedak asas 2 dalam 1 ini memberikan lapan jam perlindungan juga liputan sempurna buat kulit wajah tidak kira ke mana sahaja anda berada termasuklah di bawah sinaran terik matahari.
Ciptaannya cukup halus lantas memberikan hasil kemasan yang cukup mulus pada kulit. Bahkan, ia terbukti berkesan dalam memastikan kulit kekal lembap dan tahan peluh agar solekan tidak mudah cair. Tiada lagi perasaan risau dek cela pada wajah kerana ia juga mampu menyamarkan noda pada wajah.
Bedak kompak terbaru Clinique ini hadir dengan span sapuan yang unik dan mudah digunakan dalam memastikan sapuan yang menyeluruh termasuk di bahagian yang sukar seperti pada bahagian hidung. Bedak kompak ini hadir dalam enam ton berbeza yang dicipta khusus untuk disesuaikan dengan ton kulit wanita Asia.
Kini anda boleh dapatkan Clinique Beyond Perfecting Powder Foundation + Concealer pada harga RM145 di mana-mana kaunter Clinique serta menerusi belian atas talian di Clinique.com.my.