Kolaborasi EH! X FashionValet sebenarnya adalah yang pertama dalam sejarah yang mana sebuah majalah, stor online dan tiga selebriti bekerjasama menghasilkan himpunan fesyen ready-to-wear. Ketiga-tiga selebriti yang terlibat dalam kolaborasi ini mempunyai karakter berbeza, dan karakter itu diterjemahkan menerusi himpunan ini.
Rekaan Lisa Surihani mengetengahkan gaya yang cukup feminin dan sofistikated dengan mainan cetakan flora serta penggunaan warna pastel. Manakala, rekaan Nabila Huda menonjolkan karakter edgy ala bohemian, sesuai bagi mereka yang ingin tampil ranggi ala ke festival muzik dan akhir sekali, konsep rekaan Scha Alyahya memercikkan elemen maskulin dalam himpunan ilhamnya yang minimalis, serba sedikit mencerminkan perwatakan dirinya.
Dapatkan koleksi kolaborasi EH! X FashionValet bersama tiga selebriti A-list ini di laman web rasmi FashionValet iaitu www.fashionvalet.com