Oleh : Muzammin Muzlan
Gambar : sumber Google
Semua bakal pengantin mahu kelihatan bak seorang puteri raja ketika majlis perkahwinan. Tapi adakala ramai wanita yang terlalu teruja atau terburu-buru dalam membuat keputusan sehingga tersalah membuat pilihan pada rekaan gaun perkahwinan.
Tidak ketinggalan barisan selebriti Hollywood yang mempunyai jutaan dollar di dalam akaun bank. EH! senaraikan busana perkahwinan selebriti Hollywood yang paling mengejutkan.
1. Celine Dion
Ketika mengahwini mendiang suaminya, penyanyi yang cukup popular dengan lagu tema Titanic ‘My Heart Will Go On’ ini mengenakan kot bulu bersama gaun perkahwinan inspirasi Marie Antoinette. Selain jambangan bunga yang dibalut dengan sejenis kain, dia turut sama memakai aksesori kepala yang besar dan pelik sehingga menutupi dahinya.
2. Victoria Beckham
Dia adalah ikon fesyen yang menjadi ikutan ramai wanita. Tapi ketika mengahwini pemain bola sepak terkenal David Beckham, dia mengejutkan dunia dengan pilihan aksesori kepala yang menjadi persoalan sehingga ke hari ini. Ia kelihatan seperti seekor burung hantu yang hinggap di atas kepalanya.
3. Princess Diana
Gaun rekaan David & Elizabeth Emmanuel ini adalah antara yang paling dramatik. Tidak hairan jika ia direka eksklusif buat Lady Diana Spencer ketika mengahwini Prince of Wales pada 29 July 1981 di St Paul’s Cathedral. Gaun ikonik ini mempunyai rekaan over the top dengan sentuhan sekuin dan 10,000 butir mutiara.
4. Pamela Anderson
Majlis perkahwinan antara Pamela Anderson dan penyanyi Kid Rock adalah antara yang paling wild. Berlangsung di atas sebuah kapal layar di Saint Tropez, Pamela memilih untuk tidak memakai gaun tradisional tapi sebaliknya hanya mengenakan sepasang bikini putih bersama topi kelasi.. Tidak mengejutkan juga pabila Kid Rock hanya memakai seluar denim bersama topi fedora.
5. Gwen Stefani
Efek ombre untuk busana perkahwinan? Mungkin tidak jika anda bukan Gwen Stefani! Ketika penyanyi utama No Doubt itu mengahwini Gavin Rossdale di kota London, dia memilih gaun Christian Dior oleh John Galliano yang menampilkan efek ombre merah jambu pada gaun.
6. Mariah Carey
Pada Jun 1993, Mariah Carey mengahwini Tommy Mottola yang merupakan Eksekutif Muzik Amerika Syarikat. Malangnya bukan sahaja perkahwinan itu tidak bertahan lama, gaun perkahwinan tersebut turut tersenarai antara yang terburuk. Gaun rekaan Vera Wang itu persis gaun Puteri Diana yang menampilkan rekaan skirt yang kembang.
7. Britney Spears
Penyanyi lagu sensasi Baby One More Time, Britney Spears mengejutkan dunia pabila mengenakan gaun mini bermaterial renda ketika dia mengahwini Kevin Federline. Gaun yang dipakai ketika majlis resepsi itu cukup pendek dan seksi sehingga menonjolkan peha. Seperti gaun itu, perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun.