Menjadi ritual bagi kebanyakan jenama fesyen untuk memulakan tahun dengan koleksi Tahun Baru Cina, Ini jenama fesyen lokal yang turut mengeluarkan koleksi sempena perayaan ini.
Apabila tiba Tahun Baru Cina, koleksi yang hadir semestinya mempunyai rona merah kerana ia rona tradisional yang dikaitkan dengan nasib baik, keberuntungan dan juga perayaan. Kini di zaman moden, Industri fesyen memberi kelainan mengikut kreativiti mereka.
Pereka fesyen lokal juga tetap berdiri memancarkan identiti dan keunikan sendiri, koleksi mereka hadir dengan pelbagai rona selain merah, menyuntik lelainan dan masih sesuai untuk digayakan untuk perayaan akan tiba. EH! senaraikan jenama fesyen lokal untuk Tahun Baru Cina perlu anda cuba.
1. BEHATI
Label paling terkenal dengan rekaan menangkap mata, semestinya BEHATI. Label ini ialah tumpuan utama menjadi pilihan generasi kini apabila tibanya musim perayaan. Untuk tahun baru Cina, koleksi ini digelar DYNASTY, di mana Kel Wen mengeluarkan 100 jenis helaian khas untuk perayaan ini.
Koleksi ini menambahkan sentuhan gaya kontemporari kepada cheongsam dan samfu tradisional dengan reka bentuk bunga yang pelbagai dan fabrik lebih moden dan kasual seperti denim. Behati juga telah bekerjasama dengan Machino untuk mengeluarkan dua pasang sepatu yang mempamerkan keunikan simpulan Cina.
2. Melinda Looi
Salah satu label yang menjadi pilihan generasi muda, Melinda Looi hadir dengan koleksi rona berani. Koleksi Tahun Baru Cina Melinda Looi tahun ini menyaksikan sentuhan batik, Melinda menggabungkan semua elemen menjadi satu untuk menjadikannya benar-benar Malaysia. Elemen signature bukan sahaja membangkitkan detik nostalgia tetapi juga berfungsi sebagai bukti ketukangan yang teliti.
3. Khoon Hooi
Rekaan Tahun Baharu Cina yang lain daripada pereka lokal turut menggunakan warna berani dan potongan yang mudah dipakai. Barisan label Khoon Hooi disusun rapi untuk memikat generasi pelanggan yang berbeza.
Untuk tahun ini, koleksi label Khoon Hooi ini digelar “Lee Mansion Continues in the auspicious year of the Dragon“, menampilkan ketukangan yang elegan dengan menggabungkan tradisi dan reka bentuk kontemporari.
4. Mag Lifestyle
Label Maglifestyle, menggunakan fabrik dan siluet yang tidak konvensional untuk menarik minat orang ramai yang lebih muda. Koleksi ‘Oriental Rise‘ memberi penghormatan kepada kekayaan seni dan budaya yang lazim di wilayah selatan China, terutamanya budaya Lingnan purba.
Apa yang menarik, mereka menggunakan fabrik tweed untuk cheongsam, pilihan yang luar biasa memandangkan brokat dan sifon sutera adalah yang fabrik yang biasa digunakan.
5. Maarimaia
Maarimaia membuat kemunculan elegan tahun ini, memperkenalkan satu lagi koleksi bunga yang mempesonakan. Label ini membayangkan semula pakaian tradisional menjadi bahagian atas qipao tanpa lengan yang dipadankan dengan skirt pensel brokat. Selain itu, barisan yang luas menampilkan pelbagai gaun mini dihiasi dengan perincian ruffle yang menawan dan skirt midi berpinggang tinggi.