The Joker
Dikenali sebagai watak antagonis yang licik dan misteri, tas tangan The Joker dibentuk dalam rekaan keberanian dan kegilaan yang halus. Penggunaan warna-warna berani seperti hitam dan cetakan huruf ‘HAHAHA’ dalam warna unggu, terus menyerlahkan karakter tas tangan ranggi tersebut.
Reka bentuknya yang menonjol dengan corak yang simetri dan elemen yang mencabar, membawa konsep kekacauan yang dikawal. Beg tangan ini bercerita tentang individu yang suka bermain dengan risiko, tetapi tetap mempunyai kawalan penuh terhadap gaya hidupnya. Ruang yang luas dan fungsinya melambangkan kepraktisan dalam menjalani kehidupan seharian, manakala perinciannya yang dramatik menyerlahkan rasa kebebasan dan ekspresi diri yang tidak terikat dengan norma.
1. The Joker Nylon Crossbody (RM639)
The Joker Nylon Crossbody adalah pilihan sempurna untuk mereka yang gemarkan kebebasan bergerak tanpa perlu membawa beban berlebihan. Rekaannya ringkas tetapi menarik dengan corak dan warna yang berani menggambarkan ketidakstabilan Joker yang terkawal. Beg klip magnet dengan perincian 1 poket zip dalaman, 4 slot kad dalaman dan tas tali panjang yang boleh dilarasi membolehkan anda menyesuaikan panjang tali mengikut keselesaan dan gaya peribadi anda.
2. The Joker Nylon Bowler Bag (RM659)
Bowler bag ini membawa unsur klasik tetapi dengan sentuhan moden, sepertimana Joker yang sentiasa menggabungkan tradisi dengan kegilaan. The Joker Nylon Bowler Bag mempunyai rekaan yang lebih kasual tetapi tetap chic, dengan ruang dalaman yang luas dan mudah digunakan. Tali beg yang boleh disesuaikan mengikut tali panjang keselesaan mahupun dipegang dan dihiasi dengan visual bintang dan perincian monogram, beg ini bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya.
3. The Joker Nylon Carry-All M (RM659)
The Joker Nylon Carry-All M adalah tas tangan bersaiz sederhana yang menggambarkan Joker dalam sifatnya yang serba boleh dan tidak terhad. Tas ini direka untuk mereka yang memerlukan ruang luas untuk mengurus kehidupan yang sibuk tanpa mengorbankan gaya. Menampilkan corak ikonik “HAHA” dan aksesori rantai kunci bentuk bintang , ia menggemakan gaya tandatangan Joker.
4. The Joker Short Folded Wallet (RM339)
The Joker Short Folded Wallet direka dengan penuh perhatian terhadap fungsi – terdapat slot untuk kad, wang kertas dan ruang tambahan yang cukup (1 poket ID, 1 poket zip, 1 petak nota dan 6 slot kad)
5. The Joker Card Case (RM339)
Sebagai aksesori yang kecil dan ringkas, The Joker Card Case menawarkan kesederhanaan tetapi tetap membawa impak besar melalui reka bentuk yang mencerminkan kelicikan Joker. Dengan warna bold dan potongan yang rapi, card case ini direka dengan 1 poket zip dalaman, 5 slot kad dalaman, pilihan sempurna bagi individu yang mahukan sesuatu yang praktikal tetapi tetap memancarkan gaya tersendiri.