Daripada pentas nyanyian hingga ke pentas peragaan, Lil Nas X membuat kejutan kemunculannya di COACH Minggu Fesyen New York. Selebriti terkenal Malaysia dan personaliti media sosial yang turut menghadiri ialah Yuna, Joe Flizzow, Daiyan Trisha, Yaya Zahir dan pengaruh fesyen Christinna Kuan.
Coach memperkenalkan debut koleksi Stuart Vevers’ Spring 2023 dengan kejutan Lil Nas X di pertunjukan landasan fesyen New York City. Berlatarkan dermaga New York City yang moden, pertunjukan itu meneroka titik warisan Coach Amerika melalui lensa kepetangan New York dan penceritaan disebalik kehidupan di New York.
Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, membawakan elemen warisan Amerika dengan memperkenalkan pandangan ekspresif orang ramai terhadap kemewahan budaya, warisan dan budaya pop dalam nilai fesyen New York. Koleksi yang dimeteraikan dengan konsep kelestarian, Coach memperkenalkan beg kraf yang diperbuat daripada jaket kulit dan kulit bola sepak yang digunakan semula.
Untuk menggariskan tema koleksi ini, Stuart Vevers mengembalikan gaya masa lalu, potongan siluet gaun gingham pendek, lengkap bersama perhiasan renda hitam dan baju sejuk varsiti yang diwarna. Kejutan lagi, Coach memperkenalkan beg imaginasi baharu, Tabby, dilihat buat kali pertama di atas landasan fesyen, dalam gaya 90-an dan berwarna-warni, menyerlahkan arus pentas New York ini.
Pentas peragaan Coach juga dimeriahkan dengan kehadiran artis, penyanyi dan penulis lagu, Lil Nas X, yang turut menjadi duta global baharu untuk Coach. Ingin mengetengahkan generasi baharu, Lil Nas X adalah perantis duta yang paling memberi kesan kepada fesyen, gaya hidup dan eksperisi diri berani melalui kempen, koleksi dan banyak lagi.
Diadakan di Park Avenue Armory, pentas peragaan ini berlangsung di ‘jeti’ yang seakan mimpi, diilhamkan oleh sejarah pengenalan kepada pembukaan jeti New York City. Pertunjukan dimulai dengan vignet berkoreografi, di mana watak-watak Coach melalui ruang pentas dan berinteraksi antara satu sama lain. Ditetapkan pada waktu matahari terbit untuk menyampaikan mood romantik, Coach berjaya membawakan vibe bandar New York kepada penonton.
Artikel berkaitan: Kate Spade New York Mewarnai Minggu Fesyen New York