Kim Kardashian mencipta momen tersendiri di Met Gala 2022 apabila mengenakan gaun ikonik Marilyn Monroe bernilai RM18.2 juta.
Sama seperti Blake Lively yang mencuri perhatian dengan menyarung gaun dramatik sempena memberi penghormatan kepada Patung Liberty, Kim turut menjadi perbualan malam itu namun atas sebab yang salah.
Segelintir pencinta fesyen menyukai pilihannya, namun peminat Marilyn menganggap ia satu penghinaan kepada legasi juga pemuliharaan fesyen kerana tindakan itu meletakkan risiko pada fabrik yang begitu rapuh. Ia kini telah pun berusia 60 tahun.
Walaupun Kim menegaskan menyarung pakaian Marilyn adalah pilihan tepat dan menjustifikasikannya dengan penurunan berat badan yang banyak, malangnya gaun itu tidak dipulangkan dalam keadaan asal.