Mewahkan perhiasan dengan joy colour, sebuah himpunan terkini dari Swarovski. EH! Pilihkan lima item yang bakal ‘menyilaukan’ mata anda.
Swarovski ingin menyampaikan keceriaan dengan warna ceria dengan koleksi terkininya. Produk yang meraikan perhiasan diri ini telah mengolah bentuk yang memukau, meneroka siluet baharu dan memperkenalkan kategori gaya hidup baharu yang berwarna-warni seperti jam tangan, alat tulis, sarung telefon, aksesori fon kepala dan banyak lagi yang dihidupkan oleh Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert, builder Swarovskinch.
Pelancaran baharu dalam pelbagai warna terang ang diinspirasikan oleh keluarga Lucent yang dikasihi jenama itu. Ia akan dijual dalam pelbagai warna yang berani –biru, ungu, hijau, kuning dan merah jambu–dengan niat untuk menambahkan sentuhan personaliti pada penampilan anda. Ingin melihat lima item yang akan menyempurnakan penampilan anda? Swipe sebelah….