Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Begitulah juga apa yang berlaku kepada jenama fesyen terkenal dunia iaitu, Dolce & Gabbana.
Sepatutnya pada 21 Nov (Rabu) merupakan hari terbesar buat jenama Itali iaitu Dolce & Gabbana yang mana beratus-ratus tetamu dari seluruh dunia telah terbang ke Shanghai untuk menghadiri pertunjukan fesyen ekstravaganza, ‘The Great Show’.
Namun, ia digesa oleh pihak berkuasa kerajaan China untuk membatalkan pertunjukan fesyen tersebut pabila label fesyen ini melancarkan sebuah video bersiri yang menampilkan seorang model berketurunan Cina sedang berusaha untuk menikmati hidangan makanan Itali seperti cannoli dan spageti dengan menggunakan chopstick, yang sebenarnya agak sensitif serta dilihat berunsur perkauman dan menghina budaya Cina sendiri.
https://www.instagram.com/p/BqR4-DVi4wQ/
https://www.instagram.com/p/BqSGMfKCWiJ/
https://www.instagram.com/p/BqSVTskiM1n/
Sekaligus dengan iklan tersebut, sebuah akaun Instagram, diet_prada telah memuat naik screenshot perbualan tertutup di antara salah seorang pengasas jenama Dolce Gabbana iaitu Stefano Gabbana dengan seorang pengguna Instagram Amerika Syarikat yang mendakwa jenama itu membawa unsur perkauman.
Kelihatan menerusi screenshot tersebut, Stefano telah menghina budaya masyarakat Cina, menyindir masyarakat Cina yang dikatakan menikmati anjing sebagai makanan dan menggelar orang bangsawan Cina ‘stupid‘.
https://www.instagram.com/p/BqbgvLinF1w/
Berikutan pendedahan perbualan tersebut, Stefano tampil menerusi akaun Instagramnya dengan menyatakan yang mana akaun Instagram miliknya itu telah digodam dan pejabat perundangannya sedang berusaha untuk menyiasat.
Instagram Gabbana dikatakan meledak pabila salah satu kenyataannya bertulis ‘China, a country of s***‘ yang mana menyebabkan ramai selebriti dari China seperti Zhang Ziyi dan Chen Kun yang sepatutnya hadir di persembahan tersebut turut marah akan kata-katanya, sekaligus membuatkan acara yang bernilai jutaan dolar Amerika itu terpaksa dibatalkan.
Seperti yang dijangkakan, akaun Instagram Dolce & Gabbana turut menyatakan yang mana akaun pereka fesyen itu telah digodam, tetapi pada hakikatnya ini bukanlah kali pertama Stefano Gabbana dan rakan kongsi perniagaannya yang lebih low-key iaitu Domenico Dolce terjebak dalam kontroversi besar akibat kata-kata yang mereka lontarkan sendiri.
Berikut adalah kontroversi lain yang jenama ini pernah terlibat sama: