3. Kopi membantu sistem penghadaman badan
Tidak kira sama ada anda minum kopi berkafein atau kopi nyahkafeina, ia melancarkan sistem penghadaman dengan lebih baik serta mengurangkan penyerapan gula dalam badan. Malah ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser kolon. Namun awas, jangan pula mengambilnya berlebihan kerana jika anda tidak menjalani gaya hidup sihat, kopi boleh membuatkan zat-zat makanan kurang diserap dalam badan.