Pengambilan makanan yang sihat adalah amat penting jika ingin amalkan gaya hidup yang sihat. Tetapi adakah makanan ‘sihat’ itu sebenarnya baik untuk anda?
EH! senaraikan lima makanan ‘sihat’ yang sebenarnya tidak baik untuk anda.
Jus Buah
Ini termasuklah jus oren! Jus buah dan smoothies sering dijadikan sebagai alternatif yang sihat untuk buah biasa. Bukan sahaja minuman ini mengandungi jumlah gula yang sama terdapat dalam soda tetapi ia juga tidak mengandungi vitamin dan kalori yang tidak akan memberikan tenaga kepada anda.
Sebaliknya: Makan buah biasa. Jika anda benar sukakan jus, anda boleh buatnya di rumah, tetapi ingat ia masih mengandungi lebih banyak gula daripada makan buahan secara normal.
Susu
Percaya atau tidak, produk susu dan tenusu tidak begitu penting untuk diet anda. Walaupun susu mengandungi kalsium dan vitamin D yang dapat diserap, jika minum susu dalam kadar yang banyak, anda mungkin melebihi kalori yang diperlukan untuk sehari. Dan, untuk dewasa, anda mungkin berisiko jika makan daging dan telur secara kerap.
Sebaliknya: Fikirkan diet semasa anda, dan tentukan jumlah susu untuk diambil dengan sewajarnya. Terdapat sumber lain vitamin D, protein dan kalsium yang boleh membantu anda memperkayakan diet tanpa memperoleh kalori dari susu.
Soda Rendah Kalori dan Bebas Gula
Soda adalah antara minuman yang dianggap tidak sihat kerana kandungan gula yang tinggi. Kini, anda boleh melihat jenama soda yang menyediakan pilihan soda bebas gula dan rendah kalori. Namun begitu, kandungan fosfat yang terdapat dalam soda jenis ini dapat merosakkan keseimbangan mineral di tulang apabila di ambil dalam dos yang tinggi. Ia juga menyebabkan anda rasa cepat letih kerana peluturan mineral dan kemudian minum lebih banyak soda untuk kekal berjaga.
Sebaliknya: Minum air! Secawan air atau teh tanpa gula adalah alternatif terbaik. Pertimbangkan untuk makan buahan jika anda inginkan sesuatu yang manis.
Tuna
Ikan tuna sebenarnya mengandungi paras merkuri yang tinggi dan ia adalah logam toksik yang boleh menyebabkan penyakit saraf, pencernaan atau penyakit imunisasi.
Sebaliknya: Hadkan penggunaan ikan jenis ini dan cari ikan yang berasal dari tasik tempatan dan perairan yang dikawal dengan betul.
Salmon Yang Diternak
Salmon adalah sumber lemak yang sihat dan ia kaya dengan Omega-3. Malangnya, salmon yang diternak juga mengandungi banyak racun makhluk perosak yang boleh merosakkan kesihatan manusia. Permintaan yang tinggi untuk ikan ternak telah menwujudkan persekitaraan yang sempurna untuk kutu laut dan ini telah meningkatkan penggunaan bahan kimia pada ikan tersebut.
Sebaliknya: Jika anda tidak mahu berhenti makan ikan salmon, periksa asalnya. Salmon yang liar tidak semestinya sihat. Buat penyelidikan dalam talian untuk ladang ikan yang organik.