Jelasnya dia mula mengalami serangan panik selepas terlibat dalam Selena, filem yang melonjakkan namanya dalam industri hiburan.
Kali pertama dia terkena serangan panik yang teruk adalah apabila seseorang yang tidak dikenali menjerit memanggil namanya selepas filem itu ditayangkan di layar perak, kongsinya pada 2016.
“Saya tidak pernah terfikir mengenai kemasyhuran sehinggalah membintangi Selena. Selepas filem itu saya mula mengalami serangan panik. Saya masih ingat ketika berjalan sendirian dan tiba-tiba seseorang menjerit, ‘Jennifer!’ dan saya tidak tahu siapakah gerangan tersebut.
“Saya terus berlari pulang dan dari saat itu, saya sedar bahawa saya tidak boleh berseorangan di khalayak ramai. Rasanya sudah lebih 20 tahun saya tidak berjalan sendirian,” katanya.