Dari drama siri ke-empat, “Sex Education” kepada filem komedi romantik, “Love Again“, Netflix membariskan seleksi filem, siri drama, rancangan realiti serta dokumentari baharu yang menghiburkan sepanjang September 2023.
September ini, Netflix menghidangkan seleksi filem dan drama siri tajuk hebat dalam senarai kandungan baharu mereka yang akan datang sepanjang bulan ini. Daripada tajuk baharu hingga kesinambungan kegemaran peminat yang telah lama ditunggu-tunggu, tayangan perdana Netflix pada September 2023 yang pelbagai dan menarik pasti mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Berikut adalah 7 rancangan Netflix baharu yang perlu anda tonton sepanjang September 2023 ini:
1. Love Again
Mira Ray, yang dilakonkan oleh Priyanka Chopra, menghantar mesej ke nombor lama arwah tunangnya. Tanpa diketahuinya, ia kini milik seorang wartawan, Rob Burns, lakonan Jonas Sam Heughan. Terpesona dengan emosi dan karakter Mira, Rob mencarinya di konsert ikon muzik Celine Dion, menambahkan sisi sentuhan romantik yang tidak pasti penghujungnya.
2. Scouts Honor: The Secret Files of the Boy Scouts of America
Ya, ini adalah dokumentari berdasarkan dakwaan sebenar dan testimoni penyalahgunaan dan rasuah yang melibatkan ahli organisasi BSA dan mengakibatkan tindakan undang-undang dan penyiasatan yang tular di seluruh dunia.
Dokumentari ini diarahkan oleh Brian Knappenberger dan diterbitkan oleh Orlando von Einsiedel, menceritakan lebih dari 82,000 bekas pengakap yang melaporkan penderaan seksual. Menyusun kisah daripada naratif peribadi mangsa yang terselamat kepada pandangan dalaman daripada bekas kakitangan dan penasihat organisasi, filem ini menyingkap kebenaran yang menyakitkan yang menggemparkan negara.
3. One Piece
Dengan topi jerami dan krew terhandalnya, lanun muda Monkey D. Luffy melakukan pelayaran epik untuk mendapatkan harta karun dalam adaptasi aksi langsung manga popular ini. Kini ia mencatatkan 18.5 juta tontonan antara 28 Ogos sehingga 3 September ini dan telah menerima kebanyakan ulasan positif daripada penonton. Tunggu apa lagi, ayuh tonton!
4. What If
Apabila sepasang pemuzik yang baru berkahwin terperangkap dalam ribut pada bulan madu, mereka mesti menghadapi kebenaran yang sukar yang boleh memecah belahkan perkahwinan mereka. Filem berdurasi 112 minit ini mendalam dan ia akan memakan anda secara emosi dan mental.
5. Who Is Erin Carter?
Erin Carter, seorang guru British di Sepanyol, mendapati dirinya terperangkap dalam rompakan pasar raya. Apabila salah seorang perompak mengaku mengenalinya, nyawa keluarganya turut terancam. Menjadi seorang heroin yang terpaksa menyelamatkan keadaan, Erin menghadapi rintangan dan cabaran yang pelbagai. Mampukah dia menyelamatkan orang tersayang?
6. Hello Ghost
Selepas percubaan membunuh diri yang gagal, Kresna dikejar oleh empat hantu yang tidak dapat meninggalkannya sendirian jika dia memenuhi permintaan mereka. Filem komedi ini membawanya mencari makna baru dalam hidup dan terjatuh cinta dengan Jururawat Linda.
7. Rosa Peral Tapes
Apabila bercakap tentang dokumentari jenayah sebenar yang menarik, Netflix membuatkan penontonnya berdebar dengan sisi gelap cerita realiti. “Rosa Peral’s Tapes” adalah salah satu dokumentari yang telah mendapat perhatian ramai sebelum ia dikeluarkan. Episod pertama dokumentari ini akan disiarkan pada 8 September 2023, menceritakan pandangan eksklusif tentang kehidupan misteri Rosa Peral, bekas pegawai polis yang bersalah atas jenayah yang menyebabkan gelombang kejutan ke seluruh Sepanyol.