Jadi adakah ini bermakna Robbie sedang berdepan dengan masalah kewangan? Tidak, malah hakikatnya penyanyi itu jauh sekali daripada gelaran muflis.
Dalam tempoh beberapa bulan lalu, dia telah menjual hampir semua aset termasuk koleksi seni miliknya.
Pada Januari lalu dia menjual kediaman mewah di Witlshire yang didiaminya sebelum ini pada harga RM37 juta. Minggu lalu, dia turut mengucapkan selamat tinggal kepada rumah agamnya di Beverly Hills yang bernilai RM203 juta. Ia kini dilaporkan menjadi milik penyanyi rap, Drake.
Dia turut menyenaraikan tidak karya seni Banksy miliknya untuk jualan awal tahun ini. Dua daripadanya iaitu Girl With Balloon dan Vandalised Oils (Choppers) berjaya dijual di sebuah acara lelong minggu lalu pada harga RM38 juta.