Bulan April, terselit kisah kelahiran ramai selebriti terkenal Malaysia. Bulan yang sering dikaitkan dengan suasana ceria dan permulaan yang lebih segar ini turut menjadi titik mula kepada perjalanan bakat-bakat hebat dalam industri hiburan tempatan.
April bukan hanya membawa aura keceriaan dan harapan baharu, malah menjadi bulan yang melahirkan barisan pelakon, penyanyi dan pengacara yang menyerlah dengan keunikan serta daya tarikan tersendiri. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan dunia seni, malah terus mendapat tempat istimewa di hati peminat.
EH! himpunkan senarai selebriti Malaysia yang lahir pada bulan April, figura yang terus mencuri perhatian, menghiburkan dan kekal relevan dalam industri hingga kini.
Mira Filzah (2 April 1993)
Pelakon dan pengacara, tahun ini 33 tahun.
Jep Sepahtu (9 April 1985)
Pelawak dan pelakon, tahun ini 41 tahun.
Fify Azmi (10 April 1990)
Pelakon, tahun ini 36 tahun.
Remy Ishak (11 April 1982)
Pelakon, tahun ini 44 tahun.
Puteri Balqis (12 April 2007)
Pelakon, tahun ini 19 tahun.
Zizan Razak (15 April 1984)
Pelawak, pelakon & pengacara, tahun ini 42 tahun.
Kamal Adli (16 April 1986)
Pelakon & model, tahun ini 40 tahun.
Fazley Yaakob (18 April 1978)
Penyanyi, cef selebriti & usahawan, tahun ini 48 tahun.
Alyssa Dezek (24 April 2008)
Penyanyi & pempengaruh, tahun ini 18 tahun.
Aprena Manrose (30 April 1993)
Pelakon, tahun ini 33 tahun.
