Selena Gomez berkongsi baru-baru ini bahawa standard kecantikan tidak realistik memberi impak negatif terhadap kesihatan mentalnya.
Jelas Selena, norma masyarakat memberi inspirasi kepadanya untuk melancarkan jenama kosmetik sendiri, Rare Beauty tahun lalu.
Setelah bertahun-tahun bertarung dengan gangguan bipolar dan lupus, bintang Disney Channel itu mengikut jejak langkah penyanyi R&B, Rihanna dan tampil dengan jenama kecantikan yang dinamakan sempena album ketiganya, Rare.