Usia yang semakin meningkat serta status ‘single’ yang masih digalas buatkan Song Hye Kyo tertekan, lebih-lebih lagi pabila melihat ramai sahabat-sahabatnya sudah mendirikan rumah tangga pada usia ini.
Song Hye-kyo mencuba sehabis baik dalam sesebuah hubungan kerana dia mempunyai pandangan berbunga terhadap cinta.
“Saya setia pada sesebuah perhubungan dan saya tidak akan sekali kembali bersama jika hubungan itu berakhir. Jika hubungan itu tidak berjalan seperti yang diinginkan meskipun saya sudah setia pada perhubungan itu, bagi saya hubungan itu memang tidak akan berjalan dengan baik selepas itu,” ujar Song Hye-kyo pada media Korea.
Baginya, dia tidak faham bagaimana dua orang yang pernah berhubungan sebelum ini boleh kekal bersahabat selepas breakup.
Aktres Korea yang sudah berusia 35 tahun ini menyatakan yang dia agak tertekan pabila menyentuh soal kahwin kerana ramai orang di sekelilingnya sudah pun berumah tangga dan mempunyai anak.
“Ia menjadi lebih sukar dan sukar. Saya mempunyai bilangan orang yang semakin sedikit untuk saya berjumpa dan lepak serta saya menjadi lebih memilih pabila menghakimi diri seseorang. Saya juga kehilangan fantasi tentang perkahwinan pabila mendengar cerita-cerita dari mereka yang sudah berkahwin,” tambahnya lagi.